Pusat GIATMARA Kluang Johor

Sejarah GIATMARA Kluang

Halaman Utama
Galeri kami
Berita
Sejarah GIATMARA Kluang
Hubungi Kami
Kakitangan Pusat GIATMARA Kluang
Organisasi Pusat
Kursus Yang Ditawarkan

Di halaman ini kami memperkenalkan sejarah Pusat.



Sejarah GIATMARA Kluang

1. Rancangan penubuhan Pusat GIATMARA Kluang telah mula diusahakan mulai penghujung tahun 1991. Permohonan menggunakan premis di Bangunan Arked MARA Kluang Johor pada 19 Mei 1992 dengan dikenakan sewa mengikut kadar yang ditetapkan pada masa tersebut. Premis yang dipersetujui ialah Lot 1 & 2, Tingkat 1 dan Lot 3 Tingkat 2 Bangunan Arked MARA Kluang.



2. Pada rancangan asal penubuhan, Pusat ini diarahkan untuk menjalankan tiga kursus iaitu Membaiki Motorsikal, Pendawaian Elektrik Domestik dan Teknologi Bangunan(kayu). Walau bagaimanapun, secara rasminya pada tarikh penubuhan Pusat ini pada 15 September 1992, satu kursus sahaja yang ditawarkan iaitu Pendawaian Elektrik Domestik pada sesi pengambilan pertama pada Januari 1993. Pada bulan Julai tahun yang sama, satu lagi kursus ditambah iaitu kursu Teknologi Fabrik yang sekarang ini di kenali sebagai Pembuat Pakaian Lelaki (PPL).



3. Pada ketika ini, pusat ini sedang menjalankan tiga kursus serentak termasuk kursus baru iaituMekanik Teknologi Elektronik Radio & Video yang bermula pada Jun 2004.Seiring dengan perkembangan pesat Daerah Kluang dan perubahan masa,Pusat ini menduduki keseluruhan Tingkat 3 dan Lot 8 Tingkat 2 Bangunan Arked MARA Kluang.



4. Pada Disember 2007 kursus baru diperkenalkan di Pusat GIATMARA Kluang iaitu Juruteknik Sistem Komputer(JSK). Kursus ini menggantikan Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video yang kurang dapat sambutan.



5. Setelah menjangkau usia 14 tahun beroperasi, Pusat GIATMARA Kluang telah mengalami perubahan terutama sekali dari segi struktur kakitangan dan kemudahn fasilitas latihan dan pentadbiran. Dalam jangkamasa tersebut terdapat 5 orang yang telah berkhidmat di Pusat ini sebagai Pengurus. Senarai Pengurus yang terlibat sehingga kini adalah seperti berikut:

Bil.
Nama Pengurus
Tarikh Perkhidmatan Di Pusat
1.
Zulkifli Bin Hj. Yusof
15 Sep 1992 - 1 Jan 1994
1.
Zulkifli Bin Hj. Yusof
15 Sep 1992 - 1 Jan 1994
2.
Khairuddin Bin Hj Hashim
1 Jan 1994 - 8 Jul 1999

3.

Mej (B) Abu Bakar Bin Abdul Kadir

8 Jul 1999 - 1 Apr 2002

4.

Hj Mohamad Basar Bin Suaji

1 Apr 2002 - 31 Jan 2004

5.

Mej (B) Apandi Bin Md Noor

1 Jan 2004 - sekarang

Objektif Kami

Memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merialisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat Bumiputera.

GIATMARA adalah satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.


Falsafah GIATMARA

Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam berbagai jenis dan tahap kemahiran yang berterusan kepada masyarakat tempatan mengikut perkembangan teknologi serta keperluan semasa.

Kumpulan Sasaran

* Mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik.

* Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja dan berusaha sendiri.

* Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru.

* Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kerjaya.

* Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang diceburi.

* Mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan berasaskan kemahiran.

* Mereka yang ingin belajar atas dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Pusat GIATMARA Kluang*Jln. Dato Kapten Ahmad * Kluang * Johor * 86000