Pusat GIATMARA Kluang Johor

Kakitangan Pusat GIATMARA Kluang

Halaman Utama
Galeri kami
Berita
Sejarah GIATMARA Kluang
Hubungi Kami
Kakitangan Pusat GIATMARA Kluang
Organisasi Pusat
Kursus Yang Ditawarkan

Kakitangan GIATMARA Kluang.

p1010004.jpg

Mej(B) Apandi B. Md Noor, Pengurus GIATMARA Kluang

En. Apandi telah menyertai Pusat GIATMARA pada awal tahun 2003 lagi. Pada asalnya beliau telah menjadi pengurus di Pusat GIATMARA Pagoh. Selepas itu beliau ditukarkan ke Pusat GIATMARA Kluang pada 1 Januari 2004 dan perkhidmatan beliau di Pusat ini sampailah sekarang. Beliau amat meminati sukan terutama sekali bola sepak dan pasukan yang diminati beliau adalah Manchester United.

p1010002.jpg

Pn. Faizah Bt. Ayub, Pembantu Tadbir

Pn. Faizah telah berkerja dengan GIATMARA Kluang pada tahun 2000 sebagai pembantu tadbir selama 7 tahun. Beliau masih lagi berkhidmat di Pusat ini sampai sekarang sebagai pembantu tadbir.

p1010008.jpg

En. Othman B. Haron, Penyelenggaraan Setor

En. Othman pula telah berkhidmat dari tahun 1994 lagi. Ini bermakna sudah 13 tahun beliau berkhidmat dengan Pusat GIATMARA Kluang ini. Tugas beliau di Pusat ini sebagai Penyelenggaraan Setor.

p1010010.jpg

Pn. Mesaidah Binti Mahat, Tenaga Pengajar JuruTeknik Sistem Komputer (JSK)

Mula bertugas di GIATMARA pada 1 Julai 2002. Mulakan tugas di Pusat GIATMARA Parit Sulong sebagai Pembantu Teknik. Bertugas di sana selama 3 tahun. Bermula 1 Jun 2006, beliau telah bertukar ke PGM Kluang. Bermula pada Januari 2008, kursus Juruteknik Sistem Komputer akan bermula.Pn. Mesaidah akan mengajar kursus Juruteknik Sistem Komputer. Ini adalah tugasan pertama beliau dan tugas ini akan di bantu oleh En. Othman. Kursus ini adalah kursus baru yang ditawarkan oleh Pusat.

p1010001.jpg

En. Abdul Rahman B. Salleh, Tenaga Pengajar Pendawaian Elektrik Domestik (PED)

En. Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Pusat ini dari tahun 1994 selama 13 tahun.

p1010006.jpg

En. Badlishah B. Othman, Tenaga Pengajar Pendawaian Elektrik Domestik (PED)

En. Badlishah telah berkhidmat dengan GIATMARA pada 15 Ogos 2007 di GIATMARA Kluang dan ini adalah jawatan beliau di Pusat. Beliau berasal dari utara malaysia iaitu Kedah Darul Aman. Beliau juga membantu En. Abdul Rahman untuk membantu mngajar pelatih - pelatih di Pusat ini.

p101000.jpg

En. Haizam B. Hamid, Tenaga Pengajar Pembuat Pakaian Lelaki (PPL)

En. Haizam adalah tenaga pengajar bagi kursus Pembuat Pakaian Lelaki. Beliau telah berkhidmat dengan Pusat dari 1 Mac 2003 hingga sekarang.

p1010003.jpg

En. Mihat B. Hasan, Tenaga Pengajar Pembuat Pakaian Lelaki (PPL)

En. Mihat telah berkhidmat dengan Pusat dari 1 Julai 2001 hingga sekarang. Beliau berasal dari negeri Melaka.

Pusat GIATMARA Kluang*Jln. Dato Kapten Ahmad * Kluang * Johor * 86000